Blog

WHAT IS DROPSHIP?

Sebagai ahli Dropshiplah.com, anda akan mendapat akses kepada ribuan produk ready stock dan pre-order yang boleh anda promosikan di blogshop/FB/Instagram dan membuat jualan!

Dropship halal atau tidak?


Dropshipping merupakan teknik pengurusan rantaian pembekal di mana penjual tidak menyimpan stok tetapi memindahkan pesanan pembeli produk kepada pembekal untuk tujuan pembungkusan dan penghantaran produk terus ke alamat pembeli.

MAKLUMAN: Perniagaan berkonsepkan dropship bukanlah MLM, sistem piramid, skim pelaburan internet, autosurf, HYIP, sistem derma duit, nigerian scam, online forex dan apa-apa program yang modus operandinya sama.
Ramai yang beranggapan dropship adalah skim cepat kaya yang mana mengamalkan konsep 4D iaitu duduk diam dapat duit. Dropship juga seringkali di salah erti kerana mengamalkan konsep mengambil untung atas angin.
Sebenarnya perniagaan berkonsepkan dropship adalah perniagaan yang sebenar yang mana dipermudahkan dengan menggunakan teknologi internet. Perniagaan ini masih mempunyai produk untuk dijual dan ahli masih perlu melakukan promosi agar produk ini terjual. Apabila produk yang dipromosikan terjual, barulah keuntungan diperolehi.
Jadi tidak timbul isu duduk diam dapat duit. Walaupun ahli hanya menggunakan gambar untuk tujuan promosi tetapi ini tidak salah di sisi muamalat Islam kerana mengikut Ustaz Zaharddin, seseorang individu berhak mendapat untung atas angin di atas usahanya mempromosikan produk tersebut.
Urusniaga dropship ini dikenali dalam istilah fiqh Islami sebagai bai’ istijrar. Jual beli barang tiada yang dibuat oleh ahli adalah dibenarkan kerana ada deskripsi produk yang spesifik dan penghantaran dapat dibuat. - Suzardi Maulan (Pakdi), Islamic Financial Planner.
Bisnes dropship ini amat sesuai untuk semua golongan tidak kira anda seorang pelajar, penganggur, suri rumah, pekerja sepenuh masa mahupun seorang pesara. Ini adalah kerana perniagaan dropship ini:
  • Tidak melibatkan modal yang besar.
  • Tidak perlu menyimpan stok.
  • Tidak perlu menyewa kedai mahupun menggaji pekerja.
  • Risiko perniagaan ini amat rendah.
  • Tidak perlu menghabiskan masa yang banyak.
  • Boleh dilakukan secara sambilan atau sepenuh masa.
  • Amat senang dan mudah diuruskan!
Dalam bisnes dropship ini, apa yang anda perlu tumpukan ialah cara bagaimana anda mahu menjual produk anda sama ada di blog, di laman bidaan seperti ebay, di forum-forum ataupun menjual di Facebook manakala Dropshiplah.com pula akan menguruskan tempahan pelanggan anda, uruskan pembungkusan produk dan menguruskan penghantaran kepada pelanggan anda.

Proses Dropship


0 comments: