Blog

HOW YOU PROFIT


We Handle the Work, You Collect the Profits.

  • 1 

    Choose a plan

    Kami menawarkan dua pelan mengikut situasi perniagaan anda. Pilih pelan terbaik bagi anda dan daftar dengan kami.
      
  • 2 

    Find products from Dropshiplah catalog

    Pilih produk mengikut kategori jualan yang anda berminat untuk jual. Kami mempunyai lebih 5000+ barangan ready stock. Kami juga membuka jualan produk Pre-Order. Muat turun gambar-gambar produk dan copy butiran produk. Muat naik di kedai online/ fb anda dan tetapkan harga jualan anda. Jumlah markup ialah keuntungan anda. Harga produk yang dipapark di katalog Dropshiplah ialah harga ahli dropship tidak termasuk kos pos. 
      
  • 3 

    Sell your products

    Promosikan barangan menggunakan Google Ads, Facebook Ads atau apa apa cara yang boleh menarik pelanggan untuk membeli, Sertai FB Group Dropshiplah untuk tips-tips dan idea cara mempromosi produk.
      
  • 4 

    Get paid

    Setelah pelanggan memilih item, sila gunakan Stock Enquiry Form atau SMS/Whatsapp 014 830 3072 untuk tanya availability produk. Kami akan cuba sebaik mungkin untuk memberikan respon secepat yang boleh. Sekiranya stok masih ada, anda boleh teruskan jualan. Ambil bayaran daripada pelanggan dengan harga jualan anda serta kos pos.
    Sekiranya pelanggan minta tempoh beberapa hari(maksima 2 minggu) untuk membuat bayaran, anda boleh 'book' produk untuk memastikan stok produk disimpan untuk anda. Kami mengenakan booking fee sebanyak RM20/produk untuk memastikan tiada 'Backout buyer'. Sekiranya produk tidak dituntut dalam masa sebulan, booking fee akan 'burn'.
      
  • 5 

    Process the sale with Dropshiplah

    Buat pembayaran kepada Dropshiplah harga produk serta kos pos. Kemudian isi 'Order Form'. Sila sertakan butiran pembayaran dan bukti pembayaran. Bagi online banking, sila printscreen bukti pembayaran atau berikan kami pdf resit pembayaran, bagi pembayaran menggunakan CDM(Cash Deposit Machine) sila whatsapp atau emelkan kami gambar resit pembayaran. 
      
  • 6 

    Process the shipped directly to your customer

    Anda tidak perlu susah membungkus atau sibuk berulang alik ke pajabat pos kerana Dropshiplah akan mengurus semua urusan pembungkusan, dan penghantaran kepada pelanggan. Dropshiplah akan menggunakan nama dan alamat Owner Dropshiplah (Nurul Asmira Rozlan, Alamat : D126,Jalan Ismail Petra, 17500 Tanah Merah, Kelantan) di ruangan pengirim. Tiada nama company atau mana mana kedai akan ditulis, jadi pelanggan tidak akan tahu bungkusan tersebut ialah dari Dropshiplah.
      
  • 7 

    Do it again

    Inilah proses yang paling penting untung mengaut hingga ribuan ringgit tanpa perlu menyimpan stok atau melabur ribuan ringgit sebagai modal. Anda hanya perlu fokus mempromosi barangan dan melakukan jualan. Dropshiplah akan mengurus semua kerja lain bagi anda. We Work, You Profit!
      

0 comments: